Nadi X Nurture: Dilea - Aktiviti Khas Sesi Kedua
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22/03/2025 bersamaan hari Sabtu, DiLea - Aktiviti Khas Sesi Kedua di bawah bimbingan Encik Tilash Krishna & Cikgu Muhammad Nur Adli telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk membincangkan isu kehilangan motivasi dalam kalangan murid SPM serta meneroka kaedah yang berkesan bagi mengembalikan semangat mereka dalam menghadapi peperiksaan.
Aktiviti Utama:
- Podcast: Kehilangan Motivasi dalam Kalangan Murid SPM
- Strategi Mengembalikan Semangat
- Tips & Amalan Positif
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami punca kehilangan motivasi, mendapatkan strategi yang berkesan untuk kembali bersemangat, serta memperoleh sokongan dan inspirasi dalam menghadapi cabaran akademik mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: